Assalamualaikum..
Hye semua..
Comfort food yang wajib untuk Sha.. Oleh kerana di pasaraya harganya makin meningkat, Sha cuba cari di Shopee.. Alhamdulillah masih ada yang jual dengan harga RM18.70.. Ini je yang sempat dibeli.. Bila tengok balik dah habis stok dia.. Rezekilah dapat beli.. Kalau campur postage pun tak sampai RM20 lagi untuk satu balang berbanding beli di pasaraya..
Sha dah lama tertanya-tanya perbezaan antara Dark dan Bittersweet ini.. Tu yang beli untuk bandingkan.. hehehe.. Alasan je tu..
Almond Dark Chocolate - Rasa coklat gelap yang pahit tanpa rasa manis.. memang puaslah..
Almond Bittersweet Chocolate - Rasa coklat yang pahit tapi manis.. Sedap juga..
Dark lebih gelap berbanding Bittersweet..
0 Comments: